ANIMASI

Isnin, 25 Julai 2011

Tema 3 Tamadun Dunia

KETAHANAN DAN PERTAHANAN

1. Ketahanan dan pertahanan merupakan salah satu elemen penting dalam proses peningkatan tamadun manusia. Keperluan kepada makanan dan tempat tinggal menyebabkan berlaku persaingan yang membawa kepada peperangan.

2. Menurut Tanya Marton dalam artikelnya yang bertajuk ‘Ancient Rome, Sophisticated’, - pasukan tentera Rom telah wujud semenjak tahun 753 S.M dan bertahan sehingga tahun 478 M. Rom telah melancarkan serangan ke atas kota-kota di seluruh Itali untuk menyatukan semua kota-kota ini.

3. Organisasi ketenteraan merujuk perkara-perkara berikut; jenis-jenis tentera, yang mengepalai sesuatu peperangan, pentadbiran tentera (logistik), strategi dan taktik peperangan dan teknologi senjata. Organisasi ketenteraan di Rom banyak ditentukan oleh bentuk pemerintahan yang wujud di Rom pada masa itu.

4.Terdpt empat perkara asas digunakan oleh kesemua negara utk mempertahankan negara masing-masing. Empat perkara asas tersebut ialah:
i.strategi(merancang dan mengarahkan kempen untuk memperdayakan musuh)
ii.taktik (tindakan di medan pertempuran)
iii.teknologi peperangan (senjata,kelengkapan dan kenderaan)
iv.logistik(panglima tentera mesti memastikan kelengkapan tentera baik dan mencukupi)

 Konsep ketahanan dan pertahanan 
-Kamus Dewan  mendefinisikan ketahanan sebagai keadaan tahan atau kuat serta keupayaan menanggung penderitaan. Ketahanan seseorang dilihat dari sudut fizikal dan mental seperti aspek psikologi, keyakinan diri dan semangat juang. Kedua-dua unsur ini menjamin seseorang itu menjadi manusia yang kuat , berani, tahan lasak, tabah dan cekal apabila menghadapi kesukaran.
-Pertahanan pula merupakan langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk menjamin keselamatan serta kepentingan tertentu. Ia meliputi aspek luaran atau fizikal seperti melatih anggota tentera, kelengkapan senjata, membina kubu pertahanan, taktik dan srategi peperangan.


PEMIKIR KETENTERAAN

Kautilya

1. Kautilya hidup pada zaman awal Dinasti Maurya di utara India. Bukunya bertajuk
Arthasastra (Science of Gain of power) pada kurun ke 3 Masihi, mengandungi halehwal
ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi, peperangan dan juga perkaraperkara lain.
2. Arthasastra mengariskan enam perkara penting dalam menjalinkan hubungan
dengan negara lain iaitu:
i. mementingkan keamanan
ii. persediaan untuk peperangan
iii. membiarkan musuh membuat serangan pertama
iv. melancarkan serangan pertama
v. bersekutu dengan musuh
vi. mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan
serangan ke atas musuh yang lain
3. Arthasastra mengariskan empat cara yang boleh digunakan oleh seorang raja
untuk mencapai kemenangan dalam peperangan iaitu: 
i.memujuk musuh dengan perbincangan serta rasuah
ii. mencetuskan persengketaan dan melancarkan serangan
iii. menanam benih permusuhan
iv. melancarkan perang jika semua gagal
4. Kautilya juga berpendapat bahawa seseorang raja atau putera yang ingin berjaya
msti mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan tenteranya, kelebihan dan kelemahan tentera musuhnya dan akhirnya tahu menyerang dengan mengambil sempatan atau berkesempatan.
5. Kautilya juga berpendapat dengan adanya kemahiran berkomplot atau tipu muslihat
adalah lebih baik daripada menggunkan kegagahan dan kehandalan. cara ini boleh
digunakan apabila nampak tanda-tanda kekalahan.
6. Cara berkomplot adalah dengan menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai
musuh, merasuah tukang masak dan kalau boleh merasuah seluruh anggota istana
untuk melemahkan musuhnya
7. Karya Arthasastra benyak mempengaruhi pahlawan dan raja-raja Hindu seperti
raja-raja Rajput dan Marathas. Karya beliau menjadikan peperangan seolah-olah
ada kaitan denga spiritual iaitu mengelakkan kelahiran semula seperti yang di sarankan dalam agama hindu

 Niccolo Machiavelli
1. Pemikir ketenteraan Eropah abad ke 16 Masihi berasal dari Itali dan pernah
menjadi diplomat dari tahun 1498 M hingga 1512 M. Beliau menulis buku The
Prince pada tahun 1515 M dan The Discourse Upon Living antar tahun 1515 M
hingga 1517. Akhirnya beliau menulis buku Art of War. Penulisan beliau bermatlamat memulihkan imej Florence dan negara kota Itali yang lain.
2. Buku The Prince memperkenalkan banyak panduan kepada pemerintahan dalam
mencapai kemenangan. Matlamat seorang raja adalah untuk mengekalkan
kerajaannya. Sekiranya kedudukan tergugat kerana pengikut yang tidak jujur maka
raja harus menghapuskannya demi kepentingan politik sendiri. Beliau juga
mengemukakan dua cara pentadbiran iaitu pertama dengan menggunakan undangundang
dan cara yang kedua melalui kekerasan dan ketenteraan. Pandangan
beliau banyak mempengaruhi pembentukan negara bangsa di Eropah seperti
Sepanyol, England dan Perancis. Berasaskan idea Machevelli raja-raja
menggunakan kekerasan untuk mengawal golongan bangsawan yang sebelum ini
banyak mengancam mereka.
3. The Art of War mengetengahkan tentang undang-undang dan senjata yang baik
adalah penting bagi seseorang raja. Seseorang raja selain mentadbir mesti
mempunyai prinsip-prinsip ketenteraan.
4. Pembentukan infantri, tentera yang berkhidmat semata-mata kerana gaji serta
pembentukan pasukan tambahan secara sukarela tidak digalakkan
5. Machavelli juga menolak pembinaan kubu-kubu pertahanan kerana ia hanya
membawa kepada kemusnahan. Beliau menekankan seorang raja boleh berkuasa
dengan menggunakan meriam, askar berkuda dan peralatan perang yang ringan
dan mudah untuk di bawa semasa peperangan

Contoh-contoh soalan:
1.Apakah yang dimaksudkan dengan ketahanan dan pertahanan. Dengan merujuk kepada sistem ketahanan dan pertahanan Mesir dan Mesopotamia nyatakan maksud tersebut.
2.Ketahanan dan pertahanan adalah penting dalam sesebuah tamadun kerajaan awal manusia.Jelaskan organisasi ketenteraan Tamadun Arab dan Tamadun Mesir.

SOALAN
dari persidangan ilmu 6RENDAH2
mengikut perlembagaan persekutuan perkara ke 43(a) (2)
YDPA menpunyai Provisio berkuasa melantik Perdana Menteri dan Ahli jemaah Menteri.. konkluksinya di sini saya ingin mengutarakan soalan Adakah syarat dan sistem lantikan Perdana Menteri sama dengan sistem lantikan menteri besar yang terdapat di sesebuah negeri khususnya negeri perak yang tertakluk kepada undang-undang 99 tubuh negeri perak   

Tidak ada
satu peruntukan pun dalam Perlembagaan Malaysia bahawa Perdana Menteri Malaysia wajib dilantik dari kalangan Melayu dan beragama Islam. Sebaliknya perlantikan tersebut sangat terbuka dan bergantung kepada parti mana yang menjadi dominasi di Parlimen. Perlantikan 6 orang Perdana Menteri dari kalangan Melayu dan beragama Islam sehingga kini hanyalah disebabkan oleh kontrak sosial yang telah dipersetujui ketika awal mula kemerdekaan dan pembentukan negara.

Berbeza dengan undang-undang tubuh beberapa buah negeri yang mengkhususkan bahawa Menteri Besar perlu dilantik dari kalangan ahli DUN yang partinya menang dalam pilihanraya negeri, berbangsa Melayu dan beragama Islam. Malahan negeri seperti Kelantan dan Johor, mempunyai spesifikasi yang lebih mendalam tentang Melayu sehinggakan mereka yang berketurunan Melayu-Arab atau peranakan Melayu-India atau Melayu-Cina tidak dibenarkan menjadi Menteri Besar!


Rabu, 20 Julai 2011

LATIHAN SATELITE

Saluran Televisyen Satelit telah diperkenalkan di Malaysia memberi impak sosial dan menggugat budaya tempatan. Kerajaan perlu melaksanakan kaedah yang praktikal untuk menangani cabaran saluran tersebut.
Bincangkan.
Pengenalan:
Televisyen Satelit semakin popular seperti saluran ASTRO di Malaysia. Pelbagai rancangan menarik disajikan kepada penonton dan pada masa yang sama langkah-langkah pengawalan perlu dilaksanakan bagi membendung kesan negatif.

A. Kesan-kesan:
1. hilang jati diri 
- Penampilan unsur negatif seperti pakaian dan gaya hidup akan merosak budaya dan amalan hidup rakyat tempatan
- Budaya yang meruntuhkan sistem sosial dan institusi keluarga di barat seperti hedonisme, hip hop, punk dianuti oleh remaja. ? contoh budaya hedonisme seperti hip hop, punk telah mempengaruhi remaja tempata sehingga muncul kumpulan Black Metal
- Merosakkan pemikiran dan jiwa penonton

2. peningkatan jenayah sosial 
- memaparkan amalan yang bertentangan dengan budaya hidup tempatan seperti pergaduhan dan pembunuhan, rompakan dan seks.- merosakkan pemikiran dan akhlakgolongan remaja - menjadi bahan ikut-ikutan remaja.
- pengaruh media - cerita ganas dan seks

3. hubungan kekeluargaan terjejas
- rancangan disiarkan selama 24 jam ? orang ramai menghabiskan masa menonton, 
- kanak-kanak tidak menghiraukan hubungan keluarga ? kurang berkomunikasi dengan ibu bapa - tidak minat mengunjungi saudara mara ? hilang budaya dan amalangotong royong dan kunjung mengunjung ? wujud sikap individualistik

B. Langkah-langkah:

1. kaji semula dasar langit terbuka
- kerajaan menguatkuasa akta penyiaran tempatan ? panduan penapisan filem dipinda sesuai dengan agenda penyiaran tempat iaitu menyalurkan maklumat kepada rakyat - ada unsur obligasi sosial
- Mengadakan garis panduan yang boleh menghalang penyiaran rancangan asing yang keterlaluan.

[/size][size="3"]2. memantapkan penghayatan agama dan moral
- Mewujudkan mekanisme ketahanan diri dengan menjadikan agama sebagai asas pembangunan akidah yang mantap dalam usaha menapis dan menghalang ancaman budaya asing yang bertali arus.
- Rakyat dididik dengan cara yang betul menggunakan segala kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi( TMK )

Kesimpulan:
Saluran Televisyen Satelit menambahkan pilihan saluran komunikasi masyarakat di Malaysia. Namun, kewujudannya perlu dikawal bagi membendung kesan-kesan negatif daripada berleluasa.

skema : 2 kesan + 2 langkah

LATIHAN AFTA



Negara-negara rantau ASEAN dijangkakan menghadapi persaingan dalam memasarkan produk masing-masing apabila Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan. Beberapa langkah perlu dilaksanakan untuk menangani masalah ini. Bincangkan.
Pengenalan
AFTA merupakan suatu sistem perdagangan untuk memaksimumkan pengunaan pasaran ASEAN secara meluas oleh pengeluar dan pedagang dengan menawarkan barangan bermutu. AFTA memberi peluang kepada firma-firma dalam rantau ASEAN memasarkan produk.

A. Masalah/Halangan
1. Lambakan barang di pasaran 
- pengaliran barang berlaku secara bebas kerana kadar tarif rendah ( 0-0.5% )
- merangsang barang dari dalam dan luar rantau ASEAN memasuki pasaran ? berlaku lambakan, cth lambakan buah-buahan dari Thailand di Malaysia
2 . Persaingan 
- negara yang mempunyai penduduk ramai dapat menghasilkan barang dalam kos yang rendah
- barang berkualiti / lebih baik memberi persaingan kepada barang / produk tempatan
- menjejaskan PKS tempatan kerana harga produk tempatan lebih mahal/ menggugat pasaran barang tempatan
3 Tekanan daripada blok dagangan barat
- mengenakan sekatan dan tekanan perdagangan kepada negara-negara rantau ASEAN 
- memasarkan barang secara pukal ke rantau ASEAN dengan harga yang berpatutan ? wujud persaingan produk
- menggugat keupayaan pasaran produk syarikat tempatan
B. Langkah 
3. Konsep penggabungan pengusaha-pengusaha firma
- mengubah suai keupayaan pengeluaran dan pemasaran melalui kaedah penggabungan untuk meneroka pasaran domestik ASEAN 
- meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan yang banyak
4. Penggunaan teknologi moden
- Pengusaha perlu menguasai kemahiran dalam teknologi pengeluaran, pemasaran dan pengurusan kewangan
- penggunaan pesat dalam teknologi pesat setiap proses kerja dan operasi pengurusan yang cekap
Bukan berintensikan modal , negara penduduk ramai akan mempunyai struktur kos yang rendah 
5. Penyelidikan dan Pembangunan produk
- kajian pembangunan produk melalui kaedah sains dan teknologi
- Sumber tenaga yang berkemahiran, pengalaman luas dan mampu meningkatkan pengeluaran melalui kaedah saintifik
- Hasil penyelidikan akan dapat membantu pengusaha firma mengawal pengeluaran dan penggunaan sumber secara optimum
Kesimpulan:
Persediaan mental dan spiritual dapat membantu penduduk ASEAN menghadapi AFTA dan menangani kemungkinan wujud perubahan dalam perbelanjaan hidup walaupun sistem dagangan serantau ini mampu menarik pelabur dan meransang ekonomi dalam rantau ASEAN.

ESEI PENGAJIAN AM1



Perkembangan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (TMK) didorong oleh pelbagai aplikasi protokol dan peranti internet yang seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara. Bincangkan kepentingan TMK terhadap pembangunan negara.

Pengenalan:
Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan pelan jangka panjang yang mampu mengubah landskap Teknologi maklumat dan Telekomunikasi (TMK) negara. TMK berupaya menjana pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.

A. Kepentingan TMK
1. Memantapkan pentadbiran negara
Kerajaan Elektronik - sistem pentadbiran kerajaan akan menggunakan TMK sepenuhnya. Segala data didokumentasikan untuk membolehkan pemprosesan data lebih pantas, cekap dan efisien.

2. Meramal fenomena dan kejadian alam ( remote sensing )
Kemajuan TMK melibatkan penggunaan satelit. Satelit berupaya meramal fenomena alam dan cuaca dunia. Cth: Tsunami. Teknologi ini juga penting dalam bidang pelayaran. Memberi panduan kepada pengguna laluan laut.

3. Melahirkan masyarakat saintifik
Kewujudan sistem sekolah bestari mampu melahirkan masyarakat saintifik dan berinovatif. Para pelajar menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dari seluruh dunia.

4. Hubungan antarabangsa
Penggunaan alat komunikasi seperti telefon, faksimili,internet dan persidangan video . Berita mutakhir, tepat dari luar negara diperoleh dengan mudah dan cepat melalui rakaman dan siaran langsung .Hal ini akan merapatkan hubungan antara masyarakat dari negara-negara lain.

5. Meningkatkan tahap kesihatan
Kewujudan telekesihatan membantu para doktor tempatan untuk bertukar-tukar fikiran dengan doktor pakar dari negara luar. Penemuan ubatan dan teknologi perubatan yang terkini dapat disebarkan dengan pantas. Kaedah penjagaan kesihatan secara talian.

6. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D )
Rakyat tempatan boleh mempelajari dan memiliki teknologi canggih dari negara luar. Globalisasi mampu meningkatkan persaingan. Bagi mengatasinya, rakyat perlu meningkatkan kualiti produk menerusi R&D.

7. Meningkatkan ekonomi negara
Perdagangan antarabangsa dapat dijalankan secara talian dan meningkatkan pengeluaran dan pemasaran produk tempatan lebih luas . Meningkatkan aliran masuk mata wang asing dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Kesimpulan
TMK sememangnya penting dalam memajukan sesebuah negara. Namun, penyalahgunaannya akan memudaratkan masyarakat dan negara.

Skema : 4+0

Isnin, 18 Julai 2011


KATA ADJEKTIF

Kata AdjektifKata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama.
Kata adjektif disertai dengan kata keterangan amat, paling dan sangat. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-
kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya, iaitu:
 
Kata AdjektifMaksudContoh
1. Kata Adjektif Sifat / 
    Keadaan
Menerangkan sifat atau keadaanCerdik, bijak, cantik, rajin.
2. Kata Adjektif
    Warna
Menerangkan warnaBiru, merah, kuning, hijau, putih
3. Kata Adjektif
    Ukuran
Menerangkan ukuranTebal, nipis, tinggi, rendah, panjang, pendek.
4. Kata Adjektif
    Bentuk.
Menerangkan bentuk atau rupa.Bulat, bujur
5. Kata Adjektif
    Waktu.
Menerangkan konsep masaBaru, lambat, lama, lewat, silam.
6. Kata Adjektif
    Jarak
Menerangkan konsep ruang antara dua benda atau keadaan.Jauh, dekat.
7. Kata Adjektif
    Cara
Menerangkan keadaan kelakuan atau ragam.Pantas, perlahan, jarang.
8. Kata Adjektif
    Perasaan
Menerangkan konsep perasaan.Pemalu, ragu-ragu, rindu, sayang.
9. Kata Adjektif
    Pancaindera.
Menerangkan konsep rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh.Bising, wangi, kasar, masam, pahit, manis, licin.

Perbandingan Dalam Frasa Adjektif
Perkataan yang digunakan dalam perbandingan frasa adjektif adalah seperti, se, lebih, paling, ibarat dan laksana.
 
Contoh ayat
1. Amira pandai.
2. Amira pandai seperti Kancil.
    (pandai seperti membawa maksud hampir sama, kesamaan)3. Amira sepandai Nora.
    (sepandai membawa maksud sama)
4. Amira lebih pandai daripada Nora.
    (lebih pandai menunjukkan darjat / tingkat yang lebih)
5. Amira paling pandai dalam kalangan murid di dalam kelas 1 Biru.
    (kata penguat paling menunjukkan sangat pandai). 

Mengikut Tatabahasa Dewan, terdapat tiga darjah perbandingan kata adjektif iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan. 

Perbandingan dengan darjah biasa
Perbandingan dengan darjah biasa tidak melibatkan kata penguat / kata perbandingan. Kata adjektif cantik, besar dan rajin tidak dibandingkan dengan sesuatu.

1. Rumah ini cantik.2. Dewan itu besar.
3. Dia rajin

Perbandingan dengan darjah bandingan
Dalam Tatabahasa Dewan, penggunaan awalan se- untuk menyatukan darjah bandingan. Kata adjektif awalan se- menunjukkan bandingan sama.

1. Wajah  Sujinah secantik ibunya.
2. Buku ini tidak semahal buku itu.
3. Kereta Amin sebesar kereta Azman.


Awalan se- membawa maksud ‘sama atau hampir sama’. Kata Adjektif dibandingkan dengan benda lain yang membawa maksud mirip / sama. 

1. Dia garang seperti harimau.
2. Amira cantik seperti bidadari.

kata sendi nama


KATA SENDI NAMA

Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan
kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

Contoh kata sendi nama ialah.

di bagai laksana antara ke demi
sejak untuk dari tentang terhadap dengan
daripada seperti akan dalam kepada bagai
oleh sampai pada umpana hingga

Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan
dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama ialah perkataan
yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa
yang lain.

Kata Sendi Nama Penggunaan Contoh Ayat

Di Menunjukkan tempat (Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa )
Ah Geok tinggal di Perak

Ke Menunjukkan tempat arah dan masa
Dia hendak pergi ke Kedah pada bulan hadapan.
Ekspo Kerjaya ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga ke pukul 5.00 petang.

Dari Menunjukkan tempat dan masa
David berasal dari Pulau Pinang
Ahmad menunggu kawannya dari pukul tiga petang tadi.

Hingga Maksud had masa
Amin bekerja dari pagi hingga petang.

Dengan Maksud bersama-sama
Ayah pergi ke pasar dengan adik

Daripada Tempat datangnya sesuatu / Asal kejadian sesuatu benda / Perbandingan Chandran menerima surat itu daripada abangnya.
Baju batik ini diperbuat daripada benang sutera.
Bangunan Maybank lebih tinggi daripada bangunan itu.

Pada Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. / Keterangan waktu. Lukisan itu digantung pada dinding.
Hujan turun dengan lebat pada pagi semalam.

Kepada Menunjukkan arah, tempat orang yang ditujui.
Surat jemputan itu ditujukan kepada pengerusi persatuan.

Bagi / Untuk Menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan
Hari Kantin diadakan bagi / untuk mengisi tabung kewangan sekolah.

Sejak / Sementara Menunjukkan waktu / masa
Sejak pagi tadi, Munira asyik termenung saja.

Terhadap Merujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu.
Setiap pemuda mestilah menanam rasa hormat terhadap orang yang lebih tua.

Antara Digunakan di depan kata nama yang membawa maksud
Antara makanan yang dihidangkan ialah sate.

"di" atau "ke", "dalam" berfungsi untuk menunjukkan arah / tempat.
Seok Hwa berada di dalam bilik bacaan.
Daniel masuk ke dalam rumahnya.

Demi Menunjukkan maksud tujuan
Kita mesti sanggup berkorban demi negara yang kita cintai.

Tentang Maksud perkara atau hal yang dilakukan
Encik Ahmad memberitahu pelajarnya tentang latihan bola sepak yang
akan diadakan pada hari Selasa.

Oleh Maksud sebab
Murid-murid yang ponteng sekolah itu berjaya ditangkap oleh guru disiplin.

Akan Menunjukkan maksud "kepada" atau "terhadap"
Amidi rindu akan keluarganya di Sabah.

PENGGOLONGAN KATA

Penggolongan Kata Nama

Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan.
i) Kata Nama Am
ii) Kata Nama Khas
iii) Kata Ganti Nama
 
Kata Nama Am:Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara
yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan
kata nama am konkrit. 
Contohnya:
Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.
 
Kata Nama Khas:Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama
khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86). Kata
nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan
kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).
 
 ManusiaBinatangTempat
Kata Nama Ammuridburungpasar
pekebunkucingpadang
 Kata nama khas hidup manusiaKata nama khas hidup bukan manusiaKata nama khas tak hidup
Kata Nama KhasAhmadLassiePahang
EdelinaSBelangPulau Pinang
ChandranSang KancilGunung Tahan

Kata Ganti Nama:
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
 
i)        Kata ganti nama tunjuk
ii)       Kata ganti nama diri 
Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertamaganti nama diri orang
kedua
 dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)


Kata Ganti Nama Tunjuk:Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.

Kata Ganti Nama:Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
 
Kata Ganti Nama Diri PertamaPenggunaanContoh Ayat
AkuMerujuk kepada diri sendiriAku hendak pergi ke perpustakaan
BetaDigunakan oleh kerabat dirajaBeta berharap negara bertambah maju dan makmur.
HambaMerujuk kepada diri sendiri"Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah
KitaMerujuk diri sendiri dan diri orang kedua"Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri.
KamiMerujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua"Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli.
SayaMerujuk diri sendiriSaya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif.

Kata Ganti Nama Diri KeduaPenggunaanContoh Ayat
AndaMerujuk diri orang keduaAnda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.
AwakMerujuk diri orang keduaAwak disuruh membersihkan bilik darjah.
EngkauMerujuk diri orang keduaEngkau hendak pergi ke kedai buku?
KamuMerujuk diri orang keduaKamu mesti belajar dengan lebih tekun.

Kata Ganti Nama Diri KetigaPenggunaanContoh Ayat
BeliauDigunakan untuk merujuk orang yang dihormatiBeliau dilantik menjadi pegawai penerangan.
BagindaDigunaan untuk kerabat dirajaBaginda telah berangkat ke luar negeri.
DiaDigunakan untuk diri orang ketigaDia datang awal ke pejabat sekolah
MerekaBilangan orang lebih daripada seorangPentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.

Sistem ekonomi di sabah dan sarawak 2


EKONOMI KOMERSIL DI SARAWAK
Ekonomi dagangan
                Di Sarawak, lada hitam dan gambir turut diusahakan terutamanya di sekitar Kuching-Serian dan Sarikei – Maradong. Pada 1840an, tanaman lada hitam dan gambir mula diusahakan untuk tujuan eksport. Penanaman lada hitam secara besar-besaran di Sarawak di usahakan oleh pelabur Cina daripada Singapura.
                Sagu juga merupakan salah satu hasil pertanian Sarawak yang penting dan telah diusahakan sebelum zaman Brooke lagi. Kawasan utama pengeluaran sagu di Sarawak termasuklah Mukah dan Oya. Perusahaan sagu di Sarawak diuruskan oleh pedagang Melayu kemudiannya turut diusahakan oleh orang Cina dan Barat yang mana sebahagian besar hasil sagu dieksport ke Singapura.
                Kegiatan perlombongan di Sarawak pula melibatkan galian seperti antimoni dan emas. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama iaitu di Bau pada 1820an. Pembesar Melayu menggunakan buruh Dayak untuk mengusahakan perlombongan antimoni. Sarawak kekal menjadi sumber utama antimoni kepada Eropah sehingga akhir abad ke-19.
             Emas di Sarawak juga dijumpai di Bau pada 1830an dan diusahakan oleh orang-orang Cina di Sarawak. Emas tersebut dieksport ke Singapura.
Kegiatan ekonomi komersial
a. Lada hitam
Ø oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.
Ø Brooke memberi tanah kepada saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam.
b. Gambir.
Ø Brooke memberi tanah kepada peladang Cina.
Ø Gambir ditanam secara meluas di Bau.
c. Sagu.
Ø oleh orang Melayu dan Inggeris.
Ø Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil.
Ø abad ke-20 orang Cina mengambil alih dan menguasai perusahaan sagu.
d. Perlombongan.
Ø Emas dilombong di Bau oleh orang Cina.
Ø Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak.
Ø Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.

EKONOMI KOMERSIL DI SABAH
                Di Sabah pula kegiatan ekonomi komersilnya masih bergantung kepada hasil-hasil ekonomi tradisional. Sarang burung yang dipungut di Gua Gomantong, Gua Madai dan beberapa buah gua lain merupakan hasil eksport yang menguntungkan. Kebanyakannya di eksport ke Hong kong dan China. Terdapat dua jenis sarang burung iaitu yang berwarna cokat dan putih. Sarang burung yang berwarna putih lebih bersih dan harganya lebih mahal.
             Hasil laut juga merupakan antara kegiatan ekonomi komersil yang dijalankan di Sabah. Hasil laut ini termasuklah mutiara, trepang dan agar-agar yang dieksport ke Hong kong dan China. Mutiara banyak terdapat di Pantai Timur Sabah terutamanya Sandakan dan Lingkabau. Perusahaan ini diusahakan oleh orang Bajau yang merupakan penyelam yang mahir.
             Sagu merupakan makanan kegemaran penduduk Sabah yang dihasilkan daripada pokok rumbia juga merupakan antara hasil penting ekonomi Sabah. Penduduk Sabah mengusahakan perusahaan sagu secara komersil dan sagu mentah telah di eksport ke Singapura dan kemudiannya ke Eropah.
                 Selain itu emas turut dilombong di Segama di Sabah.
Kegiatan Ekonomi Komersial
a. Tembakau
Ø SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau.
Ø Tembakau diusahakan oleh orang-orang Cina.
Ø peladang Belanda dan Jerman
Ø Kawasan Pantai Timur Sabah.
Ø 60 estet tembakau, Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.
Ø Peladang menggunakan buruh dari Singapura dan Hong Kong.
Ø penanaman merosot bila permintaan dari Amerika merosot.
b. Perlombongan.
Ø oleh orang Cina di Sungai Segama.
Ø Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB.

Sistem ekonomi di sabah dan sarawak


Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya.
Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.
Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan.

[sunting]

ASAL USUL NAMA MALAYSIA


Nama Malaysia diguna pakaikan pada tahun 1963 apabila negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu serta Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak membentuk persekutuan baru.[4] Sebelum ini nama Malaysia juga pernah digunakan untuk memaksudkan beberapa kawasan di Asia Tenggara dengan sewenang-wenangnya. Sehelai peta yang diterbitkan di Chicagopada tahun 1914 tertera perkataan Malaysia yang memaksudkan beberapa wilayah tertentu di dalam Kepulauan Melayu.[17]Bahagian semenanjung memakai nama Persekutuan Tanah Melayu hingga tahun 1963, sewaktu pergabungannya dengan wilayah-wilayah SabahSarawak dan Singapura.[18] Para ahli politik di Filipina pernah bercadang agar negara mereka diberi nama "Malaysia", tetapi tidak sempat berbuat demikian apabila Malaysia merampas nama itu.[19] Ketika itu, nama-nama lain juga dipertimbangkan, antaranya Langkasuka, sempena kerajaan purba yang terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu pada alaf pertama Masihi.[20]
Perkataan Melayu berasal daripada perkataan malaiur atau malayadvipa dalam bahasa Sanskrit yang mungkin membawa erti "tanah bergunung"; perkataan tersebut digunakan oleh para saudagar India sebagai gelaran untuk Semenanjung Tanah Melayu.[21][22][23][24][25]
Pada tahun 1850, seorang ahli ethnologi Inggeris, George Samuel Windsor Earl mencadangkan agar kepulauan Indonesia dinamakan Melayunesia atau Indunesiaketika mengarang Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (Jurnal Kepulauan Hindia dan Asia Timur). Beliau menggemari Melayunesia[26] demi kemudahan pihak kolonial. Berikutan ekspedisinya di Oceania pada tahun 1826, pelayar Perancis, Jules Dumont d'Urville mencipta istilah MalaysiaMicronesia dan Melanesiauntuk membezakan budaya dan gugusan pulau Pasifik daripada istilah Polynesia yang sedia ada. Pada tahun 1831, beliau mengusulkan istilah-istilahnya kepadaSociété de Géographie (Persatuan Geografi). Dumont d'Urville menyifatkan Malaysia sebagai "kawasan yang lebih dikenali sebagai Hindia Timur".[27] Ketika itu, adalah dipercayai bahawa kesemua penduduk kawasan berkenaan boleh dipanggil "orang Melayu" sama sekali, selaras dengan konsep kaum Melayu ketika itu, yang bertentangan dengan takrifan masa kini yang memerikan "Melayu" sebagai kelompok etnik yang seragam budayanya, bertutur bahasa Melayu dan tinggal di pantai timur SumateraKepulauan RiauSemenanjung Tanah Melayu dan pesisiran pulau Borneo. Istilah "Dunia Melayu" pula digunakan sebagai gelaran kepada keempat-empat kawasan tersebut pada keseluruhannya[28] iaitu bersinonim dengan Nusantara.

Khamis, 14 Julai 2011

SOALAN PERCUBAAN STPM 2010 TERENGGANU

TERENGGANU 2010
SSTPM : SEJARAH KERTAS 1
BAHAGIAN A
1. Jelaskan tujuh faktor penyumbang kepada perubahan kebudayaan masyarakat Prasejarah.
2. Merujuk kepada empayar di China, huraikan ciri – ciri yang terdapat dalam empayartersebut.
3  Bincangkan tujuan peperangan dalam Tamadun Rom dan strategi peperangan yang
dilaksanakan.
4  Bincangkan faktor – faktor perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Eropah Baratdari
abad ke-15 hingga abad ke-18 Masihi.
5  Bincangkan objektif-objektif pendidikan formal yang dipraktikan dalam tamadun manusia.
6  Usaha-usaha pelayaran yang dilakukan oleh pelayar Barat semenjak abad 15 telah
meninggalkan impak yang besar dalam tamadun manusia. Bincangkan.
7  Jelaskan ciri – ciri kesenian China tradisional dan ciri - ciri kesenian Islam
8.  Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan tamadun barat dengan konsep ketahanan dan
pertahanan tamadun Islam.
BAHAGIAN B
9  Huraikan peringkat-peringkat dakwah Nabi Muhhammad s.a.w. di Makkah dan intipati ajaran
yang disampaikan oleh baginda s.a.w.
10  Bincangkan kejayaan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pemimpin dalam negara Islam Madinah.
11 Huraikan kepentingan Perang Badar kepada golongan yang terlibat dengan peperangan
tersebut.
12  Jelaskan peranan Baitulmal dan pelaksanaannya pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
13 Bincangkan faktor-faktor kemunculan Acheh sebagai pusat keilmuan Islam pada abad ke-15
Masihi
14  Huraikan sumbangan Ibnu Taimiyah dan gerakan reformasi yang berlaku pada abad ke-13
Masihi.
15  Jelaskan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam dengan mengemukakan
contoh – contoh yang sesuai.
16  Bandingkan konsep manusia mengikut pandangan Arab Jahiliyah dan Islam.

SOALAN PERCUBAAN STPM 2010 PERAK

NEGERI PERAK 2010
STPM : SEJARAH KERTAS 1
BAHAGIAN A :
1.  Huraikan peranan setiap lapisan masyarakat dalam tamadun Mesir.
2.  Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan sistem  
pemerintahan beraja dalam empayar Dinasti Chin.
3.  Jelaskan organisasi ketenteraan dalam tamadun Rom pada zaman Augustus Caesar.
4.  Huraikan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan di Alam Melayu sebelum abad ke 15 Masehi.
5.  Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam tamadun awal.
6.  Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sekularisme di Eropah.
7.  Sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi pendorong  aktiviti  penjelajahan dan penerokaan
orang Portugis pada abad ke 15M.
8.  Jelaskan pengaruh agama dan kepercayaan kepada perkembangan kesenian di India.
BAHAGIAN B :
9.  Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin terhadap penyebaran Islam pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w.
10.  Jelaskan pelaksanaan konsep syura dalam proses pelantikan khalifah pada zaman Khulafa alRasyidin.
11.  Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w  dalam bidang ketenteraan dengan
memberikan contoh-contoh yang sesuai.
12.  Huraikan perkembangan sistem mata wang pada zaman Khulafa al-Rasyidin sehingga zaman
kerajaan Bani Abbasiyah.
13.  Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17 Masihi.
14.  Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab dalam Islam.
15.  Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Barat dengan tamadun
Islam.
16.  Bandingkan ciri seni bina Islam dengan seni bina Rom.

Selasa, 12 Julai 2011

Contoh soalan Pengajian Bahagian E


Contoh 1
Keghairahan mengejar gaya hidup global dengan meniru secara bulat budaya hidup barat menjadikan kehidupan dan nilai keperibadian generasi muda terputus dan terpisah jauh daripada cara hidup masyarakat timur. Justeru, pelbagai usaha hendaklah dilakukan bagi menyekat arus globalisasi yang dianggap tidak sesuai dengan nilai-nilai kehidupan rakyat Malaysia. Bincangkan.

Pengenalan
Keghairahan mengejar gaya hidup global dengan meniru secara bulat budaya hidup barat menjadikan kehidupan dan nilai keperibadian generasi muda terputus dan terpisah jauh daripada cara hidup masyarakat timur. Terdapat kesan-kesan buruk akibat globalisasi dan diperlukan beberapa langkah untuk mengatasinya.

Isi  (Idea Utama)
Huraian-huraian
Kesan buruk globalisasi
Pengeksploitasian
   wanita
(I 1)








Eksploitasi wanita merupakan industri tertua di dunia. Sanggup menggadai maruah dan tampil dengan lagak memberahikan. Jika dahulu teknik yang   digunakan amat terhad, tetapi kini dengan adanya teknologi moden golongan yang tidak bertanggungjawab ini menggunakan teknik tercanggih serta paling cepat iaitu menerusi internet untuk menarik perhatian penggunanya mengakses laman web yang berunsurkan lucah.  Bahan tidak bermoral ini menjadi perhatian remaja dan golongan yang rosak minda.
2  Hakisan budaya timur

(I 2)







Maklumat yang disalurkan melalui internet tidak dapat dikawal.  Gaya hidup masyarakat asing/barat  mudah mempengaruhi generasi baru masa kini  – bermula daripada pakaian hinggalah kepada sikap dan tindak tanduk seharian mereka.  Suka berpeleseran, berhibur dan mengamalkan kehidupan yang mementingkan keduniaan dan cara kehidupan barat masa kini.
Contoh: amalan budaya hedonisme – golongan yang menganuti aliran ini beranggapan hidup hanya untuk berhibur dan bersuka ria- menjadi asas pemikiran dan falsafah hidup golongan ini.
3  Anti sosial
(I 3)


Tidak bercampur dengan orang sekeliling – tidak ada hubungan sosial secara bersemuka – hubungan kemasyarakatan menjadi begitu renggang dan tidak saling kenal mengenali -

4  Corak pemikiran
(I 4)



Mempengaruhi cara pemikiran generasi muda – menjadikan Barat sebagai contoh terbaik dan beranggapan pemikiran timur ketinggalan dan tidak sesuai dengan zaman yang berubah begitu pantas

5  Ketagihan internet
(I 5)
Remaja ketagih internet – banyak bahan berbentuk keseronokan yang disediakan oleh kemudahan internet- kemudahan disalahgunakan – contoh perbualan secara langsung atau ‘internet relay chat’ (IRC) – merupakan perkhidmatan utama yangdilanggan oleh kebanyakan remaja dan mencetuskan  masalah sosial di kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah – terlalu asyik  dengan perkhidmatan tersebut sehingga sanggup ponteng sekolah dan kurang tumpuan kepada pelajaran.
Langkah-langkah

6  Pendidikan
(I 6)










Pendidikan secara formal dan tidak formal memainkan peanan penting – mendidik generasi muda bahawa arus globalisasi perlu ditangani dengan bijak – mengambil yang baik dan menolak unsur-unsur asing yang boleh merosakkan bangsa dan nilai-nilai murni ketimuran
Menanamkan kefahaman bahawa penciptaan teknologi adalah untuk membawa kemajuan kepada umat manusia dan bukannya untuk kesesatan dan kehancuran sesuatu bangsa

7  Penguatkuasaan
    undang-undang
(I  7)


Kementerian Tenaga, Komunikas dan Multimedia – kuasa untuk mengawal dan membendung unsur asing yang tidak sihat dari internet –
Akta Telekomunikasi dan Multimedia

8  Peranan individu
(I 8)
Perlu berfikiran terbuka dan mempunyai kesedaran yang tinggi– sebagai pengguna kemudahan IT berhak memilih yang mana buruk dan yang mana baik untuk kepentingan diri, agama dan bangsa – menjadi pengguna yang bijak kerana internet cuma satu teknologi  - mampu menggunkannya untuk pembangunan ummah dengan berkesan.

Penutup
Generasi muda perlu bijak menangani arus perubahan globalisasi.  Yang baik diterima dan yang buruk ditolak.